INTERAKSI AYAT AL-QURAN DAN HADIS DALAM PENDIDIKAN EMOSI KANAK-KANAK

Authors

  • Noor Fatimah Mujahid
  • Nur Aina Mardhiah Che Rahim
  • Shahnun Haji Musa
  • Amrina Rasyada Kamaruzaman

Abstract

Pendidikan emosi kanak-kanak merupakan salah satu aspek penting dalam membina kanak-kanak yang membesar secara holistik. Pendidikan secara Islam adalah pendidikan yang lengkap dan bersesuaian dengan fitrah kanak-kanak. Nilai emosi sejahtera terhadap kanak-kanak perlu diterapkan seawal usia agar mereka membesar sebagai seorang individu yang bersahsiah mapan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang interaksi al-Quran terhadap pendidikan emosi kanak-kanak. Pendekatan yang digunakan secara kualitatif dan keperpustakaan melalui analisis dokumen iaitu mendapatkan beberapa ayat al-Quran yang berkaitan. Ayat-ayat yang dipilih itu diteliti melalui penafsiran kitab tafsir yang muktabar dan huraian ayat diperkukuhkan dengan hadis-hadis Nabi SAW. Hasil kajian ini mendapati terdapat ayat-ayat al-Quran yang boleh dijadikan panduan dalam pendidikan emosi kanak-kanak. Dapatan kajian ini mendapati amat perlu penanaman akidah dalam jiwa kanak-kanak, panggilan menggunakan gelaran yang baik serta pelaziman amalan ibadah yang perlu dipupuk pada awal usia mereka. Sebagai kesimpulan, kajian seumpama ini boleh membantu pihak yang terlibat dalam pendidikan kanak-kanak memahami dan melaksanakan ayat-ayat al-Quran dalam pendidikan emosi kanak-kanak.

Downloads

Published

2023-06-30