MEMPERKASAKAN TANAH WAKAF MELALUI MODEL USAHAWAN WAKAF TANI BERSEPADU BERASAKAN KONSEP MUSYARAKAH

Authors

  • Siti Khalilah Basarud-din
  • Nik Safiah Nik Abdullah

Abstract

Wakaf merupakan instrumen terpenting selepas zakat dalam menggerakkan sumbernya ke arah pembangunan sosial ekonomi umat Islam secara amnya. Namun demikian, institusi wakaf di Malaysia tidak sepatutnya menjadikan harta wakaf sebagai sumber simpanan dan ianya perlu digerakkan demi mencapai matlamat asas wakaf itu sendiri. Sejajar dengan hasrat kerajaan dalam memperkenalkan pelbagai dasar dan program dalam membantu meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi terutama golongan B40. Dalam merealisasikan matlamat ini, konsep musyarakah adalah satu alternatif yang perlu diketenggahkan dalam membangunkan tanah wakaf terbiar untuk projek pertanian yang boleh menjana keuntungan yang berpanjangan dan lumayan. Bahkan tanah wakaf yang terbiar juga boleh dijana untuk mendapatkan hasil pendapatan yang tinggi serta membangunkan sosial ekonomi ke arah yang lebih baik dan selesa. Justeru, tujuan kajian ini adalah bagi membina model pembangunan usahawan wakaf tani bersepadu bagi merangka dan memperkasakan tanah wakaf terbiar untuk komersialkan. Implikasi kajian ini ialah model yang dibangunkan dapat membantu kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya dan juga pihak berkuasa Majlis Agama Ialam Negeri dalam membantu meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan usahawan asas tani B40. Hasil kajian juga dapat menyokong usaha kerajaan dengan mensasarkan Malaysia sebagai negara utama dunia dalam sektor ekonomi, kebajikan rakyat dan inovasi di samping sejajar dengan usaha yang menekankan kepada kecekapan, kemampanan dan produktiviti.

Downloads

Published

2023-03-31