PEMERKASAAN HARTA WAKAF MELALUI PENGURUSAN YANG MAMPAN DI SELANGOR

Authors

  • Abdul Majid Omar
  • Kamisah Supian

Abstract

Wakaf memainkan peranan penting dalam masyarakat Islam. Di Malaysia, wakaf diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang mana terdapat 14 pemegang amanah tunggal dengan pengurusan berbeza. Dalam menambahbaik pengurusan wakaf, beberapa pemegang amanah tunggal ini telah melakukan pelan penstrukturan mereka dan membentuk entiti baharu yang lebih berdaya saing, manakala kebanyakan pemegang amanah lain masih menggunakan struktur tradisional dengan terdapatnya Jabatan Wakaf atau Unit Wakaf dalam pengurusan mereka. Kajian ini bertujuan meneroka perbandingan pelan penstrukturan organisasi wakaf dan kesannya dalam pengurusan wakaf di Selangor. Temubual mendalam telah dijalankan melibatkan dua informan dari Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Dapatan kajian ini mendedahkan bahawa rancangan penstrukturan semula itu membuahkan hasil dan membawa kesan positif kepada pengurusan wakaf. PWS menjadi lebih fokus dalam pembangunan harta wakaf dan inovatif dalam menawarkan produk wakaf serta saluran wakaf. Hasilnya disokong oleh bukti daripada pelbagai produk wakaf, peningkatan kutipan wakaf tunai, projek yang sedang berjalan dan telah siap, dan juga siri pembangunan harta wakaf yang dirancang pada masa hadapan.

Downloads

Published

2023-03-31