PENGARUH FAKTOR PERIBADI DAN KONTEKSTUAL TERHADAP AMALAN FESYEN MUSLIMAH BERKERJAYA DI BRUNEI DARUSSALAM

Authors

  • Norhazerah Baha
  • Dr Asiyah Az-Zahra Ahmad Kumpoh

Abstract

Fesyen dan wanita adalah dua perkara yang tidak terpisah melalui masa dan juga tempat. Keduanya berhubungan dalam menghasilkan kecantikan secara zahir. Apabila konsep fesyen itu diaplikasikan pada individu, ia dilihat sebagai cerminan diri yang memberikan implikasi signifikan kepada yang memandang. Kajian ilmiah sering sahaja dilaksanakan terhadap fesyen dan wanita melalui konteks agama dan budaya. Pada kajian lepas juga telah ditemukan tentang faktor-faktor signifikan yang menyumbang kepada amalan berfesyen. Namun demikian, variasi faktor ini kurang diketengahkan dalam konteks Islam serta pengaruhnya terhadap amalan berfesyen khususnya di kalangan Muslimah. Oleh itu, kajian ini ingin mengenal pasti faktor fesyen daripada sisi Muslimah yang berkerjaya dan pengaruhnya dalam berfesyen di negara ini. Kepentingan kajian ini ialah untuk meneliti sejauhmana praktikal Islam itu dimanifestasikan dalam amalan fesyen secara menyeluruh. Kajian ini menggunakan reka bentuk biografi dengan pendekatan analisis data biografi, teks dan tematik. Dapatan faktor diteliti dengan analisis deduktif berdasarkan kepada literatur melalui pengumpulan data secara naratif. Dapatan kajian memperolehi lima faktor dorongan Muslimah berkerjaya kepada berfesyen iaitu keinginan, bentuk badan, tempat kerja, trend dan institusi kerajaan yang memberikan aneka pengaruh dalam amalan fesyen. Turut ditemukan, faktor fesyen mengkompromi praktikal Islam yang selayaknya sebagai seorang Muslimah.

Downloads

Published

2023-03-31