PENERAPAN ILMU LOGIK DALAM KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA: KEPENTINGANNYA TERHADAP MAHASISWA

Authors

  • Norafifah binti Ab Hamid
  • Mahfuzah binti Mohammed Zabidi
  • Siti Nurul Izza binti Hashim
  • Nor Azlina binti Abd Wahab

Abstract

Generasi kini yang hidup dalam era media baharu dilihat cukup mencabar. Ledakan teknologi dan lambakan maklumat yang melanda memerlukan kepada usaha yang serius dalam menguasai ilmu logik bagi membentuk kemahiran berfikir secara kritis. Ilmu logik berperanan penting dalam memandu pemikiran manusia menyaring maklumat dan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan yang benar. Sehubungan itu, ilmu logik merupakan salah satu ilmu yang perlu difahami dengan sebaiknya dalam mendepani era ini. Makalah ini akan meneliti kepentingan memahami ilmu logik dalam konteks mahasiswa berdasarkan kursus Falsafah dan Isu Semasa yang merupakan kursus wajib mata pelaran Universiti (MPU). Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan metode pengumpulan data secara dokumentasi dan metode analisis data berdasarkan analisis kandungan (content analysis) terhadap silibus kursus Falsafah dan Isu Semasa. Hasil kajian menunjukkan bahawa ilmu logik yang diterapkan dalam silibus kursus Falsafah dan Isu Semasa berperanan penting dalam membentuk kemahiran berfikir mahasiswa sekaligus dapat meningkatkan kemahiran bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka.

Downloads

Published

2023-03-31