PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) TERHADAP PENILAIAN CTU 554 MENGGUNAKAN PLATFORM UFUTURE

Authors

  • Che Zuina Binti Ismail
  • Mohd Marbawi Bin Taha
  • Rubiah Abu Bakar
  • Azarudin Bin Awang
  • Salina Binti Ahmad

Abstract

Bagi memperkasakan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar universiti, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan kursus Etika dan Peradaban sebagai Matapelajaran Pengajian Umum (MPU) iaitu wajib diambil oleh setiap pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ketika negara dilanda pandemik Covid-19, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) matapelajaran Etika dan Peradaban dilakukan sepenuhnya menggunakan kaedah secara maya. Di Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebilangan pensyarah menggunakan platform Ufuture bagi memudahkan PdP matapelajaran Etika dan Peradaban (CTU554). Bukan setakat itu sahaja, proses penilaian terhadap pencapaian akademik pelajar turut dilakukan secara digital. Apabila negara berada dalam endemik Covid-19, kaedah pembelajaran secara hybrid belaku. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk meneliti persepsi pelajar terhadap PdP CTU554 dengan menggunakan platform secara digital khusus melalui Ufuture iaitu kaedah penyampaian yang dibangunkan oleh UiTM. Selanjutnya, kajian ini ingin melihat persepsi pelajar terhadap penilaian menggunakan platform Ufuture dalam kursus ini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan jumlah sampel seramai 310 orang pelajar. Analisis min, sisihan piawai, ujian-t dan analisis varian (ANOVA) digunakan bagi melihat skala pelajar sama ada berada pada tahap yang rendah, sederhana atau tinggi. Hasil kajian mendapati persepsi pelajar terhadap PdP CTU554 dan aspek penilaian menggunakan platform Ufuture berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini penting kerana terdapat beberapa aspek pembangunan digital yang perlu diambilkira dalam proses pembelajaran hari ini walaupun kaedah PdP secara bersemuka kembali dilaksanakan di UiTM.

Downloads

Published

2023-03-31