IMPAK AGIHAN ZAKAT TERHADAP PENDIDIKAN MASYARAKAT ORANG ASLI DI JERANTUT, PAHANG

Authors

  • Nurul Nadzirah Abdul Nasir

Abstract

Zakat merupakan kewajipan yang perlu dikeluarkan oleh golongan kaya bagi membantu golongan miskin.. Masyarakat Orang Asli yang beragama Islam sering terlepas pandang dari sudut pengagihan zakat kerana mereka tinggal di pedalaman dan tidak tahu cara memohon zakat. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti impak agihan zakat terhadap pendidikan masyarakat Orang Asli di Jerantut, Pahang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu dengan menemubual seramai 5 orang pegawai Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang terlibat dengan pengagihan zakat kepada masyarakat Orang Asli. Hasil kajian mendapati bahawa agihan zakat kepada masyarakat Orang Asli dapat membantu sedikit sebanyak dalam memajukan pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka. Kajian ini juga dapat mengenalpasti bentuk-bentuk bantuan yang diagihkan oleh pihak MUIP bagi memajukan pendidikan anak-anak Orang Asli.

Downloads

Published

2023-03-31