PEMERKASAAN JATI DIRI WANITA DAN HAK MEREKA MENURUT BARAT DAN ISLAM

Authors

  • Najla Farahanim Zamri
  • Ibnor Azli Ibrahim

Abstract

Kedudukan wanita sering menjadi polemik dalam perdebatan isu gender di pentas antarabangsa manakala Islam pula telah terkehadapan dalam menanggapi isu ini. Debat yang diwarnai oleh pelbagai bentuk pemikiran muncul di Barat untuk memperkasakan peranan wanita dalam era modenisasi. Kesemua ini telah menyumbang kepada kekeliruan wanita dalam mengekalkan jati diri mereka dan tidak berupaya untuk melaksanakan peranan hakiki mereka. Objektif kajian ini ialah mengkaji kedudukan wanita dalam sejarah dan pemikiran Barat yang dan membandingkannya dengan prinsip-prinsip Islam dalam usaha memperkasakan kedudukan wanita dari pelbagai sudut sama ada dari sudut sosial, politik dan ekonomi. Untuk mencapai objektif ini, kaedah kepustakaan telah digunakan untuk mendapatkan sumber-sumber yang primer dan sekunder. Kajian ini mendapati bahawa blok Barat telah berusaha untuk memperkasakan jati diri wanita melalui wadah undang-undang berasaskan aliran pemikiran yang pelbagai. Manakala Islam pula membawa isu wanita melalui pengukuhan syariat yang berteraskan kepada sumber wahyu iaitu al-Quran dan Sunnah. Disebabkan kelompangan Barat dalam memahami elemen ketuhanan dalam gaya hidup terpandu dengan agama, kerapuhan institusi keluarga dan masyarakat berterusan berlaku dan terus menemui jalan buntu. Kajian ini juga mendapati agama, ekonomi dan pendidikan mampu mengukuhkan jati diri wanita seperti yang diangkat oleh pemikiran Islam.

Downloads

Published

2023-03-31