TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN: TOKOH ULAMA KELANTAN

Authors

  • Ahmad Mujahideen bin Haji Yusoff

Abstract

Kemunculan dan kelahiran para ulama dianggap sebagai penerus dan penyambung kepada kesinambungan warisan keilmuan di bumi Melayu. Telah menetap seorang ulama hebat serta memiliki keistimewaannya yang tersendiri iaitu Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Omar atau lebih masyhur dengan panggilan Tuan Guru Haji Rahim atau Baba Rahim Pondok Aur China, Pasir Mas, Kelantan. Namun begitu, perihal tentang tokoh ilmuan ini kurang diketahui umum kerana setakat ini tidak terdapat kajian secara langsung yang dilakukan berkaitan dengan ketokohan beliau. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menerangkan sejarah hidup tokoh istimewa ini agar lebih diketahui dan dikenali ramai. Artikel kualitatif ini menggunakan metode pengumpulan data dan penganalisaan data yang melibatkan kaedah kepustakaan yang terdiri daripada bahan-bahan bercetak dan temu bual, manakala perisian N-Vivo 2.0 dalam proses penganalisisan data. Artikel ini memerihalkan bahawa Tuan Guru Haji Rahim atau Baba Rahim merupakan seorang tokoh ulama Melayu masa kini yang hebat serta mempunyai banyak ilmu hasil dari pengajian beliau di Tanah Melayu dan juga Tanah Arab. Beliau telah menyebarkan ilmu agama di Kelantan khasnya dan di luar Kelantan amnya serta mempunyai ramai murid sama ada dari Malaysia dan Selatan Thai.

Downloads

Published

2023-03-31