PENENTUAN KERANGKA HAD KIFAYAH NEGERI PULAU PINANG: PANDANGAN FUQAHA TERHADAP ELEMEN HAD AL-KIFAYAH

Authors

  • Hisyam
  • Dahlan
  • Saiful Nizam
  • Ahmad Zia
  • ‘Imaaduddin
  • Muhammad

Abstract

Had kifayah merupakan instrumen utama dalam meletakkan penilaian pada sesuatu permohonan zakat. Had kifayah juga merupakan bukti kelayakan bagi sesuatu permohonan untuk asnaf zakat. Berdasarkan kepada situasi ekonomi pada hari ini, had kifayah memerlukan semakan yang bersifat berkala memandangkan keadaan semasa cara hidup masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan pandangan para fuqaha dan mengenalpasti elemen had kifayah bagi setiap parameter dalam menetukan kadar bagi setiap parameter had kifayah. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini melibatkan pendekatan kajian kepustakaan. Dapatan kajian mendapati perlunya dilaksanakan penetapan semula had al-kifayah supaya ia sentiasa releven dan realistik dengan ekonomi semasa di samping untuk membolehkan lebih ramai asnaf di negeri Pulau Pinang mampu mendapat manfaat hasil daripada kadar baru ini.

Downloads

Published

2023-03-31