ASAS KEMAHIRAN KEBAPAAN DALAM PENDIDIKAN ANAK: ANALISIS BERDASARKAN KISAH LUQMAN AL-HAKIM

Authors

  • Nor Farhana Abd Aziz
  • Azrin Ibrahim

Abstract

Di dalam Islam seorang bapa mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan anak-anaknya mendapat didikan agama Islam dan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. Namun, cabaran yang berlaku dalam institusi keluarga menunjukkan bapa kurang ilmu pengetahuan kemahiran kebapaan yang sebenar dalam Islam malah bapa kurang memberi perhatian kepada anak sehingga terabai. Allah SWT telah memberikan contoh teladan agung di dalam Al-Quran berkaitan kemahiran kebapaan dalam kisah Luqman al-Hakim kepada anaknya yang wajar diketengahkan dan dicontohi oleh semua bapa. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengkaji kemahiran kebapaan dalam pendidikan anak berdasarkan kisah Luqman dalam al-Quran. Kajian kualitatif asas dengan menganalisis data sekunder ini akhirnya menemui enam dapatan kemahiran kebapaan yang ditunjukkan Luqman al-Hakim dalam memberikan ajaran dan didikan kepada anaknya sehingga berjaya menjadikan anaknya seorang yang baik. Pertama mengajar anak untuk tidak menyekutukan Allah. Kedua, berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan selalu bersyukur. Ketiga, menanamkan sikap bertanggungjawab atas perbuatan sendiri kerana setiap perbuatan akan mendapat balasan dari Allah. Keempat, mendirikan solat serta mengajak berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, kelima, membimbing anak untuk menjauhi sifat sombong dan akhirnya menanamkan kepada anak untuk sentiasa bersikap sederhana dan tidak berlebih-lebihan. Kajian ini akhirnya dapat membantu para bapa mengetahui asas-asas kemahiran kebapaan menurut Islam bagi mendidik anak-anak.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-31

How to Cite

Nor Farhana Abd Aziz, & Azrin Ibrahim. (2022). ASAS KEMAHIRAN KEBAPAAN DALAM PENDIDIKAN ANAK: ANALISIS BERDASARKAN KISAH LUQMAN AL-HAKIM. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 7(51). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1562