PERBANKAN DIGITAL DAN CABARAN TERHADAP PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA: KAJIAN KES TERHADAP BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Abstract
Perbankan digital merupakan suatu perkembangan positif untuk Malaysia dan kemajuannya dijangkakan dapat memberi manfaat kepada pengguna dan perusahaan. Secara dasarnya, perbankan digital menawarkan perkhidmatan perbankan dan kewangan sepenuhnya dalam talian, tanpa memerlukan cawangan fizikal tradisional. Ini pastitinya meningkatkan kemudahan bagi pengguna, yang lebih menggemari kaedah pembayaran dan perbankan yang lebih pantas dan mudah. Selain ini, bank digital dapat memanfaatkan perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan memberi peluang pelanggan menikmati akses yang lebih mudah kepada pinjaman, kadar pinjaman yang lebih kompetitif, dan kelulusan dan pengeluaran dana yang lebih cepat. Perbankan Islam di Malaysia dilihat tidak ketinggalan dalam fenomena perbankan digital ini, tidak terkecuali Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang merupakan perbankan islam pertama di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif da memfokuskan cabaran yang dihadapi BIMB dalam mendepani cabaran dunia perbankan digital. Hasil kajian mendapati pelbagai langkah telah diambil oleh BIMB dalam memastikan BIMB tetap menjadi pilihan utama para pelanggan perbankan Islam di Malaysia. Justeru,kajian ini diharap dalapat memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya para pelanggan perbankan Islam dalam memilih yang halal di dunia tanpa sempadan ini.