PENYISIHAN SOSIAL DALAM REALITI DAN CABARAN WANITA BEKERJAYA
Abstract
Penyisihan sosial (PS) merupakan satu konsep yang global. Perspektif ekonomi mengaitkan PS sebagai penghalang kemajuan dan perkembangan dalam arus pertumbuhan ekonomi di mana kebanyakkan unit ekonomi seperti isi rumah yang bekerja adalah turut terkesan. Wanita bekerja adalah di antara yang banyak menjadi mangsa PS. Artikel ini akan mengupas mengenai konsep PS dalam realiti dan cabaran wanita bekerjaya melalui sorotan literatur kajian-kajian yang lepas. Cabaran-cabaran yang ada dikaitkan dengan konsep PS. Hasil daripada sorotan kajian mendapati isu ini masih lagi berleluasa dan menjadi beban kepada fizikal dan emosi wanita. Sekiranya semua pihak mengambil berat tentang pemulihan ekonomi, maka isu ini juga perlu dipandang serius untuk diselesaikan. Kajian-kajian mengenai PS perlu diperbanyakkan lagi untuk mendapatkan satu perkpektif yang lebih komprehensif dalam membantu wanita untuk terus kekal dalam kerjaya dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.