DHIKR AL-MAWT DAN KEPENTINGANNYA DALAM PEMBANGUNAN INSAN

Authors

  • Norullisza binti Khosim

Abstract

Kematian merupakan sunnatullah. Setiap yang bernyawa, pasti berakhir hayatnya selari dengan takdir yang telah tertulis. Tidak sedikitpun diawal atau dilewatkan daripada saat yang telah ditetapkan. Mengingati mati atau ‘dhikr al-mawt’ sebenarnya memiliki kepentingan yang tersendiri dalam pembangunan insan. Bertitik tolak daripada kepentingannya dalam pembangunan insan, satu kajian dilakukan bertujuan mengkaji konsep al-mawt menurut perspektif al-Qur’an selain meneliti kepentingan dhikr al-mawt dalam proses membangun insan cemerlang duniawi dan ukhrawi. Kajian perpustakaan digunakan sepenuhnya bagi mencapai objektif kajian ini. Di akhir kajian ini, didapati bahawa dhikr al-mawt memiliki kepentingan yang tersendiri dengan melihat kepada peranannya sebagai peringatan, pencegah dan pendorong dalam membantu proses pembangunan yang ingin dilaksanakan.

Downloads

Published

2022-11-30