METODE PENULISAN MAKHRAJ DAN SIFAT HURUF DALAM MAWRID ZL-ZHOM’AN KARYA SYEIKH ABDULLAH SENGGORA

Authors

  • PM Dr Khairul Anuar Mohamad
  • Dr Ahmad Kamel Mohamed

Abstract

Sorotan sejarah mendapati kitab tajwid berbahasa melayu sudah lama dihasilkan oleh ulamak melayu. Di antara yang sempurna penulisan dan masih diberi keutamaan ialah kitab Mawrid Zhom’an. Kitab Mawrid Zhom’an yang dikarang oleh Syeikh Abdullah Muhammad Qasim Senggora telah diterbitkan pada tahun 1315 Hijrah. Ia adalah antara kitab Tajwid yang terawal. Kandungan kitab ini meliputi kebanyakan bab ilmu Tajwid. Manuskrip kitab ini dicetak oleh syarikat Khazanah Fataniah pada tahun 2004. Walaupun usia kitab ini melebihi seratus tahun tetapi sebahagian guru al-Quran masih menggunakanya dalam pengajaran Ilmu Tajwid. Kajian ini bertujuan mengenalpasti metode penulisan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Senggora khususnya dalam bab makhraj huruf dan sifat huruf. Selain itu ia juga melihat kepada rujukan dan kaedah memberi takrif kepada istilah ilmu Tajwid. Walaupun ramai yang tidak dapat membaca kitab ini kerana kekurangan naskhah dan bahasa yang digunakan adalah laras bahasa melayu lama tetapi kajian ini mendapati kitab Mawrid al-Zhom’an adalah kitab yang mempunyai kekuatan dalam menyatakan takrif istilah dalam ilmu Tajwid dan menjadi rujukan dalam pengajaran oleh sebahgian guru yang mahir dengan laras bahasa kitab melayu lama.

Downloads

Published

2022-11-30