PENYAKIT HAIWAN DALAM PERIBAHASA MELAYU MENELUSURI KEARIFAN TEMPATAN

Authors

  • Wan Norasyikin Wan Ismail

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan makna yang tersirat berkaitan dengan penyakit manusia yang dilambangkan dengan perlakuan haiwan. Data kajian diperoleh dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Peribahasa berunsurkan haiwan digunakan sebagai perlambangan untuk menggambarkan realiti kehidupan masyarakat Melayu yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Melalui peribahasa, pemikir Melayu menyampaikan maksud tentang pengalaman hidup dan ilmu. Oleh itu dengan mengangkat beberapa contoh peribahasa Melayu yang berkaitan dengan haiwan jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu bijak dalam menukilkan haiwan sebagai perlambangan untuk menyampaikan maksud. Dapatan kajian menunjukkan bahawa di sebalik peribahasa ada ilmu yang ingin disampaikan, namun semuanya bergantung kepada sudut pandang penuturnya.

Downloads

Published

2022-11-30