RAWATAN PENAGIHAN DADAH MELALUI TERAPI PSIKOSPIRITUAL BERASASKAN ASPEK IBADAH

Authors

  • Maisarah Saidin
  • NurulHuda Izyana Hamzah
  • Abdulloh Salaeh
  • Syed Najihuddin Syed Hassan

Abstract

Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu isu utama yang sering diperdebatkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Saban tahun, penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan remaja dan belia dilihat mengalami tren peningkatan yang amat membimbangkan. Pelbagai usaha sudah dilakukan sejak beberapa dekad lalu, namun penyalahgunaan dadah masih menjadi ancaman terbesar kepada negara. Kerajaan Malaysia melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan PEMADAM telah menjalankan pelbagai usaha pencegahan dan pemulihan bagi membendung masalah ini. Malangnya, hasil yang dicapai tidak setanding dengan kos yang telah dilaburkan oleh pihak kerajaan. Masalah penyalahgunaan dadah ini, jika tidak ditangani secara serius boleh merosakkan masa depan generasi muda sekaligus memberi kesan kepada usaha pembangunan negara. Kelemahan dalam aspek kerohanian dalam diri khususnya pengamalan dan penghayatan terhadap ibadah harian dilihat sebagai faktor utama yang menyebabkan seseorang individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Perlaksanaan sesuatu ibadah dipercayai merupakan antara komponen terpenting dalam merawat ketagihan dadah. Ini kerana, pengamalan ibadah merupakan wasilah untuk mendekatkan diri dengan tuhan dan merupakan salah satu cara menenangkan jiwa penagih. Justeru itu, artikel ini bertujuan meninjau potensi kaedah rawatan psikospritual berasaskan aspek ibadah dan menganalisis keberkesanannya. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan metode temubual dan analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman, penghayatan dan pengamalan ibadah harian seperti solat, puasa, berzikir dan sebagainya mampu merawat ketagihan dadah secara berterusan dan mencegah penagih untuk kembali relaps.

Downloads

Published

2022-11-30