PENERAPAN KONSEP TAZKIYAH AL-NAFS: IMPLEMENTASI KEPADA PASCA PESALAH PENYALAHGUNAAN DADAH SEBAGAI WASILAH DALAM MEMBENTUK MUKMIN SEJATI

Authors

  • Mohd Miqdad Aswad Ahmad
  • Wan Nazihah Wan Mohamed
  • Nur Syazana Adam
  • Norzuraida Hasan
  • Zanirah Mustafa@Busu
  • Nik Muniyati Nik Din
  • Mohd Khairul Anwar Ismail
  • Mohd Nazri Mat Zin

Abstract

Pembentukan jiwa dalam Islam boleh melalui pelbagai konsep. Salah satunya adalah menerusi penyucian jiwa atau tazkiyah al-Nafs. Konsep tazkiyah al-Nafs peninggalan ulama seperti al-Muḥasibi adalah suatu warisan yang tidak ternilai dalam khazanah keilmuan Islam. Walaupun begitu, kebanyakan dalam kalangan umat Islam hampir melupai kaedah penerapan tazkiyah al-Nafs dalam kehidupan mereka. Kaedah penyucian jiwa ini dapat diambil faedah untuk diterapkan untuk pembangunan pasca pesalah penyalahgunaan dadah. Kajian ini mengkaji tentang bagaimana untuk menerapkan konsep tazkiyah al-Nafs melalui implementasi kepada pasca pesalah penyalahgunaan dadah supaya dapat memberi natijah yang baik dalam membentuk mukmin sejati. Objektif kajian ini adalah untuk mengemukakan konsep tazkiyah al-Nafs dapat diterapkan kepada pasca pesalah penyalahgunaan dadah. Metode kajian perpustakaan, dokumentasi dan penelitian digunakan untuk mengumpulkan maklumat. Hasil penulisan ini memberikan gambaran ringkas sejauh mana proses kehidupan pasca pesalah penyalahgunaan dadah dapat selari dengan konsep tazkiyat al-Nafs yang digariskan oleh ulama. Kajian ini menyimpulkan bahawa implementasi pelaksanaan yang efektif kepada golongan pasca pesalah penyalahgunaan dadah berasaskan konsep tazkiyah al-Nafs memerlukan sokongan organisasi murabbi yang mantap dalam rangka pembentukan diri menjadi mukmin sejati. Konsep ini wajar diketengahkan dalam usaha untuk mengurangkan jumlah bilangan pasca pesalah penyalahgunaan dadah dalam masyarakat sekaligus meningkatkan sahsiah diri sebagai muslim sejati untuk martabat syiar Islam.

Downloads

Published

2022-10-31