ANALISIS PLOT DALAM NOVEL KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA (2017): PERSPEKTIF TAKMILAH SHAFIE ABU BAKAR

Authors

  • Aisyah Zafirah Sharizal
  • Siti Normala Hamzah
  • Izra Inna Hj Md Idris

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada novel Islamik karya Hadi Fayyadh yang bertajuk Ketika Azazil Berputus Asa (2017) yang berkisarkan fitnah yang berlaku pada akhir zaman dan gambaran keadaan dunia yang semakin menghampiri pengakhirannya. Kehidupan umat Islam pada ketika itu digambarkan semakin jauh daripada nilai dan syariat Islam. Justeru itu, kajian ini menghujahkan bahawa analisis plot dalam novel Ketika Azazil Berputus Asa terkandung prinsip-prinsip Islam berdasarkan sudut pandang teori Takmilah yang dipelopori oleh Shafie Abu Bakar. Kaedah kajian adalah secara kualitatif dengan menganalisis karya novel ini secara tekstual analisis. Kajian ini membincangkan tujuh prinsip utama, iaitu prinsip ketuhanan yang bersifat kamal; prinsip kerasulan sebagai insan kamil; prinsip Islam yang bersifat akmal; prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat takmilah; prinsip sastera yang berciri estetik dan bersifat takmilah; prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikamalkan diri dan prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan kamil. Hasil kajian mendapati analisis plot dalam novel karya Hadi Fayyadh ini memaparkan prinsip-prinsip keislaman melalui peringatan kepada umat Islam tentang kiamat seperti mana yang diceritakan dalam novelnya, iaitu Ketika Azazil Berputus Asa.

Downloads

Published

2022-10-31