KESEJAHTERAAN MENTAL DALAM KALANGAN HUFFAZ: SATU TINJAUAN AWAL

Authors

  • Basirah Abu Bakar
  • Shafiza Safie
  • Irfan Sayaahmi Suhaimi

Abstract

Data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 menunjukkan nisbah satu dalam setiap lima orang rakyat Malaysia akan mengalami gangguan kesihatan mental. Golongan yang mengalami gangguan mental ini termasuklah daripada golongan huffaz. Di antara faktor yang memberi kesan terhadap kesihatan mental adalah senario semasa. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dan juga kualitatif. Instrumen soal selidik diedarkan kepada seramai 69 orang responden yang mempunyai pengalaman dalam menghafaz 30 juzuk al- Quran. Responden adalah terdiri daripada mahasiswa di Management and Science University, golongan pensyarah dan guru serta orang awam. Objektif kajian ini adalah dapat mengenalpasti tahap kesejahteraan mental dalam kalangan huffaz. Selain itu, kajian ini juga dapat mengenalpasti apakah faktor-faktor yang menyebabkan tekanan dalam kalangan huffaz. Hasil dapatan menunjukkan hampir 40% daripada responden mengalami tekanan menjadi seorang huffaz. Responden menyatakan bahawa sokongan daripada masyarakat menjadi tunjang utama bagi mereka mengurangkan rasa tekanan apabila menjadi seorang huffaz. Walaubagaimanapun, terdapat juga daripada sebahahagian respoden menyatakan bahawa peranan peribadi dapat mengawal sesebuah individumengalami tekanan menjadi seorang huffaz. Oleh itu, para huffaz hendaklah menjadikan kesejahteraan mental sebagai keutamaan dalam kehidupan. Dengan itu, setiap individu perlu belajar untuk menguruskan tekanan dan mendapatkan bantuan sekiranya perlu.

Downloads

Published

2022-10-31