SUNGAI PERAK: SEJARAH DAN PERADABAN

Authors

  • Faizah Mohd Fakhruddin

Abstract

Sungai merupakan nadi bagi sesuatu peradaban sejak zaman-berzaman. Ini terbukti dengan kewujudan tamadun-tamadun hebat di dunia seperti tamadun Cina, India, dan Mesir di lembah-lembah sungai. Demikian juga halnya dengan Sungai Perak yang mempunyai sejarahnya tersendiri dan ia juga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sosial, ekonomi, dan politik peradaban Melayu di negeri Perak. Sejarah membuktikan bahawa terdapat hubungan kebergantungan antara masyarakat dan sungai dalam peningkatan kemajuan teknologi yang seterusnya mencetus peradaban yang lebih eksentrik dari aspek material dan bukan material. Misalnya, sejak zaman Paleolitik lagi, kawasan di hulu Sungai Perak merupakan lokasi yang strategik untuk dijadikan penempatan manusia kerana sumber air dan makanan, serta batu kelikir yang terdapat di sekitarnya. Selain itu, Sungai Perak juga merupakan pemangkin sosioekonomi negeri Perak kerana aktiviti perlombongan bijih timah dan sebagai pelabuhan serta pusat perdagangan bagi aktiviti import dan eksport secara domestik dan antarabangsa. Kemudian, sungai juga ialah jalan utama yang membawa agama seperti Hindu-Buddha dan Islam untuk tersebar luas buat masyarakat Perak. Penyebaran Islam khususnya, memberi kesan yang amat mendalam kepada aspek bersifat bukan material seperti perundangan, sistem pemerintahan beraja, serta revolusi pemikiran, terutamanya dalam menentang penindasan penjajah terhadap orang Melayu di Perak. Sungai Perak kekal menjadi penguat semangat anak negeri dalam menjunjung kedaulatan Perak agar sentiasa terlestari walau ditembusi arus permodenan.

Downloads

Published

2022-10-31