PENILAIAN PASCA PESALAH PENYALAHGUNAAN DADAH TERHADAP AMALAN KEAGAAMAAN INDIVIDU DAN IBU BAPA

Authors

  • Wan Nazihah Wan Mohamed
  • Zanirah Mustafa@Busu
  • Mohd Khairul Anwar Ismail
  • Mohd Nazri Mat Zin
  • Nik Muniyati Nik Din

Abstract

Kehidupan tanpa beragama tidak akan membawa kearah kebaikan dan kesempurnaan. Agama amat penting dalam menentu tahap akhlak dan keperibadian seseorang. Syeikh Yusuf al-Qardhawi menegaskan bahawa syariah Islam adalah suatu ketetapan hukum oleh Allah S.W.T dalam semua aspek yang berkaitan dengan pelbagai urusan kehidupan manusia demi merealisasikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu, amalan agama amat berperanan dalam pembinaan sesebuah tamadun manusia lebih-lebih lagi untuk membangunkan para belia yang menjadi tunggak pembangunan masa depan negara. Walau bagaimanapun, dengan berlakunya pelbagai permasalahan sosial dalam kalangan belia di negara ini, usaha Malaysia untuk menjadi salah sebuah negara terbaik dunia pada 2050 tentunya menjadi sukar. Kajian ini bertujuan membandingkan amalan agama yang dilaksana pasca penjara dalam kehidupan seharian mereka sebelum dan selepas menjalani hukuman serta menilai persepsi responden terhadap amalan keagamaan ibu bapa mereka dalam mempengaruhi kehidupan seharian. Pemilihan sampel dalam kajian ini dilakukan secara rawak berstrata melibatkan 86 sampel daripada kalangan peserta Fitrah Suci yang berusia antara 19 hingga 75 tahun yang masih berada di dalam tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA). Data dianalisis menggunakan SPSS versi 20. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju bahawa program Fitrah Suci memberi kesan terhadap pengamalan ibadah mereka. Setiap pengisian yang dilaksanakan telah meningkatkan amalan ibadah mereka seperti solat, puasa, pengajian Al-Quran serta amalan-amalan ibadah yang lain. Hasil kajian juga mendapati responden mempunyai persepsi bahawa amalan keagamaan yang sering dilaksana ibu bapa serta menegur anak-anak ketika melakukan kesalahan menjadi asas peringatan kepada pesalah untuk menjalani ibadah keagamaan.

Downloads

Published

2022-10-31