ANALISIS KONSEPTUAL KATA KUNCI TEMA KEMANUSIAAN DALAM LIRIK LAGU BASYIRAH (2020)

Authors

  • Nur Fara Azuwa Yusof
  • Norlela Ismail
  • Siti Normala Hamzah

Abstract

Lirik adalah perkataan-perkataan dalam lagu yang diekpresikan oleh penulisnya tentang sesuatu perkara yang dilihat, didengar ataupun yang dialaminya. Penulis lirik zaman kini dikatakan tidak berkemahiran untuk menghasilkan lirik lagu yang bermutu. Natijahnya maksud lirik tidak dapat disampaikan dengan baik. Justeru itu, kajian ini menghujahkan bahawa lirik lagu Basyirah mempunyai pemilihan kata yang berkesan dalam menyampaikan tema kemanusiaan kepada pembaca. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tema kemanusiaan dalam lirik lagu Basyirah (2020) dan menganalisis bagaimana tema kemanusiaan digambarkan melalui Teori Konseptual Kata Kunci (2005). Kajian ini memfokuskan kepada dua prinsip utama, iaitu pemilihan kata dan kesannya terhadap pembaca. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah analisis tekstual dengan menjadikan teks lirik lagu Basyirah sebagai bahan analisis. Hasil kajian mendapati lirik Basyirah memaparkan tema kemanusiaan yang mempunyai kesan emosi terhadap pembaca melalui pemilihan kata yang berkesan dalam lirik tersebut.

Downloads

Published

2022-10-31