PROGRAM KEAGAMAAN DALAM MEMANTAPKAN KEROHANIAN TERHADAP BANDUAN DI PUSAT PEMULIHAN AKHLAK MACHANG KELANTAN

Authors

  • Mohd Miqdad Aswad Ahmad
  • Ahmad Murshidi Mustapha
  • Zanirah Mustafa @ Busu
  • Noraini Junoh
  • Nik Muniyati Nik Din

Abstract

Ajaran agama adalah satu perkara yang wajib di terapkan dalam diri setiap manusia kerana peranannya amat besar dalam kehidupan samada membawa kearah kebaikan dan juga sebagai benteng pelindung serta pencegah dalam menangani pelbagai permasalahan sosial, termasuklah isu pengulangan dadah. Perkara inilah juga yang dilaksanakan oleh pihak penjara ataupun pusat pemulihan akhlak kerana model kehidupan beragama sahaja yang boleh mengawal keimanan diri menjadi sempurna dunia dan akhirat. Antara program bimbingan yang dijalankan ialah dalam bentuk modul kerohanian merangkumi penguasaan ilmu fardu ain dan ilmu-ilmu berkaitan agama dalam diri setiap banduan dan seterusnya merealisasikan kemantapan dan keberkesanan penghayatan Islam dalam kehidupan mereka, sama ada ketika menjalani hukuman lebih-lebih lagi selepas mereka dibebaskan. Oleh itu, Jabatan Penjara Malaysia mengambil langkah yang terbaik dalam usaha mentarbiah dan mendidik para penghuni di penjara Kajian kualitatif ini akan melihat satu program keagamaan yang dilaksanakan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Machang, Kelantan iaitu program Fitrah Suci. Ini melihat kepada bentuk-bentuk modul yang telah dilaksanakan serta kaedah penyampain yang dibuat berbanding modul kerohanian lain yang telah dilaksanakan di pusat pemulihan dan penjara yang lain.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-10-31

How to Cite

Mohd Miqdad Aswad Ahmad, Ahmad Murshidi Mustapha, Zanirah Mustafa @ Busu, Noraini Junoh, & Nik Muniyati Nik Din. (2022). PROGRAM KEAGAMAAN DALAM MEMANTAPKAN KEROHANIAN TERHADAP BANDUAN DI PUSAT PEMULIHAN AKHLAK MACHANG KELANTAN. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 7(49). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1526