PENILAIAN PASCA PESALAH PENYALAHGUNAAN DADAH TERHADAP KEBERKESANAN HUKUMAN

Authors

  • Nik Muniyati Nik Din
  • Mohd Khairul Anuar Ismail
  • Wan Nazihah Wan Mohamed
  • Zanirah Mustafa@Busu
  • Mohd Nazri Mat Zin

Abstract

Usaha pihak kerajaan untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah sememangnya telah bermula semenjak tahun 1952 lagi. Pelbagai tindakan pencegahan dan hukuman telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuklah mengenakan hukuman berat ke atas pesalah dadah iaitu melalui tindakan penguatkuasaan undang-undang Akta Dadah Berbahaya 1952. Namun demikian, isu peyalahgunaan dadah semakin hari semakin meningkat seolah-olah berkembang selari dengan arus kemodenan dan pembangunan negara. Penjara sebenarnya bukan sahaja merupakan tempat untuk menghukum mereka yang melakukan kesalahan, namun lebih menjurus sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk memulih, memimpin dan mendidik pesalah agar menjadi individu yang berdisiplin dan bertanggungjawab setelah mereka kembali ke pangkuan masyarakat. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti jenis kesalahan dan keberkesanan hukuman serta menganalisis penilaian kendiri responden selepas menjalani hukuman. Kajian yang dijalankan diklasifikasikan sebagai kajian tinjauan secara rawak yang berbentuk kuantitatif terhadap 86 responden dari kalangan penghuni Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) secara statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati kebanyakan responden bersetuju hukuman yang dikenakan adalah amat memeritkan, menginsafkan serta mampu mengubah diri menjadi lebih baik serta dapat memberi keazaman agar tidak mengulangi kesilapan lalu. Manakala aktiviti-aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di penjara pula dapat memberikan kesedaran tentang kehidupan beragama di kalangan penghuninya.

Downloads

Published

2022-10-31