CABARAN DAN HALATUJU UMSfm DALAM MENDEPANI PANDEMIK COVID-19

Authors

  • Intan Soliha Ibrahim

Abstract

Kemunculan Covid-19 menyaksikan kelumpuhan banyak sistem sosial di seluruh dunia. Namun, kemunculan virus tersebut menyaksikan perubahan yang signifikan terhadap pengoperasian dan pengurusan radio kampus UMSfm. Situasi pandemik dikatakan telah membawa radio kampus UMSfm kepada dimensi pengintegrasian platform digital. Pengintegrasian tersebut bukan perkara baru kepada mana-mana stesen radio dunia, namun ia adalah pembaharuan yang dibawakan oleh pengurusan radio kampus terhadap UMSfm. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi pemerhatian dan penelitian dokumen UMSfm. Dapatan menunjukkan bahawa UMSfm mengalami perubahan dari aspek penggunaan teknologi dan pembangunan kerjaya. Perubahan-perubahan tersebut dipengaruhi oleh pengurusan. Bagaimanapun, perubahan yang bersifat positif tersebut masih boleh diperbaiki dari masa ke semasa. Sokongan dari pihak pengurusan tertinggi universiti, fakulti dan pelajar adalah penting dalam memastikan kerelevanan radio kampus tersebut untuk terus beroperasi dan memberi manfaat kepada pendengar di masa hadapan.

Downloads

Published

2022-09-30