PENJAJA KAKI LIMA DAN CABARANNYA KETIKA PANDEMIK COVID-19 DI SABAH

Authors

  • Jalihah Md Shah
  • Citra Nuradika Binti Hamidon
  • Khairunesa Isa

Abstract

Pandemik COVID-19 telah memberi impak terhadap semua sisi kehidupan masyarakat di Malaysia termasuk aktiviti penjanaan pendapatan. Kewujudan siri-siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti yang menghadkan pergerakan manusia turut mempengaruhi kegiatan ekonomi golongan penjaja yang beroperasi di sekitar tempat tinggal termasuklah kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah. Kajian ke atas tujuh orang penjaja kaki lima menggunakan pendekatan kualitatif ini bertujuan untuk (i) menghuraikan faktor penglibatan penduduk di PPR Taman Telipok Ria dalam aktiviti menjaja; (ii) mengenalpasti cabaran yang dihadapi dan (iii) mengetahui strategi yang diambil untuk berhadapan siri PKP/PKPD yang berlaku di penempatan mereka. Kajian ini mendapati pemilihan informan untuk menjana pendapatan menerusi aktiviti menjaja adalah untuk menyara keluarga, sifat sektor ini yang fleksibel, terlibat kerana warisan keluarga serta tidak ada pilihan kerja lain yang dipengaruhi pula oleh faktor tahap pendidikan yang rendah. Manakala cabaran yang dihadapi informan merangkumi operasi diarahkan tutup, persaingan, peningkatan kos pengangkutan, kerosakan barangan jualan serta pembelian secara kredit oleh pelanggan. Untuk itu, informan bertindak menjaja secara sembunyi, menawarkan harga jualan yang rendah dengan melebihkan kuantiti barang, pembelian barang secara borong dan mengehadkan jumlah kredit yang boleh dilakukan oleh seseorang pelanggan.

Downloads

Published

2022-09-30