PENENTUAN CORAK HUBUNGAN GOLONGAN BEKERJA DARI RUMAH (WFH) SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19 MENGGUNAKAN GIS

Authors

  • Oliver Valentine Eboy
  • Dzurizah Ibrahim
  • Marsitah Mohd Radzi

Abstract

Pada masa kini tekanan adalah perkataan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Dengan penyebaran virus korona, kebanyakan negara telah mengeluarkan perintah untuk tinggal di rumah, dan banyak syarikat telah mewajibkan pekerja bekerja dari rumah untuk membantu menghentikan penyebaran COVID-19 antara ahli kakitangan anda dengan pekerja lain dan keluarga mereka. Negara Malaysia juga tidak terkecuali dengan pandemik ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan pada 18 Mac 2020. Keadaan ini menyebabkan tekanan bagi sesetengah individu untuk bekerja di rumah terutama sekali dalam tempoh yang lama. Kes trauma dan bunuh diri menjadi semakin banyak berlaku di seluruh negara sehingga tidak terkawal dan sukar dikesan. Ini mengakibatkan pihak berkuasa sukar mengambil tindakan dengan cepat bagi membantu golongan-golongan ini kerana limitasi dari segi maklumat yang terhad. Dengan itu, kajian ini ingin menentukan perhubungan atau corak spatial dari segi aspek geografi dengan ciri-ciri golongan yang bekerja dari rumah ini semasa PKP dilaksanakan. Kaedah analisis spatial GIS digunakan bagi membantu menghasilkan pemetaan corak atau perhubungan ini berdasarkan data primer yang dikumpul melalui soal selidik berstruktur menggunakan borang google yang diedarkan ke seluruh negeri di Malaysia. Data primer ini meliputi persepsi dan pengalaman responden terhadap kerja dari rumah semasa PKP. Kajian mendapati terdapat corak dan hubungan dari segi aspek geografi dengan golongan yang bekerja di rumah. Kajian ini juga boleh dijadikan panduan bagi pihak berkuasa membuat tindakan yang efektif bagi membantu golongan yang mengalami tekanan ini dan pada masa yang sama mengurangkan kadar trauma dan kes bunuh diri berlaku.

Downloads

Published

2022-09-30