IMPAK KUALITI PEKERJAAN TERHADAP KUALITI HIDUP PEKERJA EKONOMI GIG: SATU ANALISIS SOROTAN SISTEMATIK

Authors

  • Nurul Hafiza Labin
  • Dzurizah Ibrahim

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bagi melihat impak kualiti pekerjaan terhadap kualiti hidup pekerja ekonomi gig berdasarkan analisis sorotan sistematik. Analisis ini dijalankan menggunakan kaedah PRISMA iaitu melalui proses inclusion, exclusion, dan eligibility berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan. Hasil dapatan menemukan (4) empat tema iaitu impak kualiti kerja terhadap kualiti hidup pekerja ekonomi gig dari aspek (1) keperluan ekonomi; (2) mental dan psikologi; (3) pendapatan; dan (4) sokongan/hubungan sosial. Berdasarkan artikel ditemukan, hanya satu sahaja artikel ditemukan yang membincangkan senario kualiti kerja dan impaknya terhadap kualiti hidup ekonomi gig dengan mengambil kira pandemik COVID-19. Oleh itu, diharapkan jurang kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pengkaji akan datang untuk melaksanakan satu kajian baharu bagi mengisi kelompangan tersebut.

Downloads

Published

2022-09-30