PANDEMIK COVID-19 DAN PERUBAHAN TERHADAP LANDSKAP PELAKSANAAN PROGRAM MOBILITI AKADEMIK

Authors

  • Meri Enita Puspita Sari
  • Mohd Hanif Bin Mohd Khir Johari
  • Khairunesa Isa
  • Nurul Nazihah Binti Awang Kechek
  • Syamimi Afiqah Binti Shahlal

Abstract

Pandemik Covid-19 telah memberi kesan besar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum seperti program mobiliti. Sungguhpun begitu, perkara ini dilihat mampu memberi satu anjakan baharu dalam mengadaptasi penggunaan teknologi semasa melaksanakan program mobiliti agar selari dengan Revolusi Industri 4.0. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kesesuaian pelaksanaan program mobiliti secara maya, tahap pengetahuan pelajar terhadap pelaksanaan mobiliti secara maya dan jenis medium yang boleh digunakan oleh pelajar untuk digunakan semasa menyertai mobiliti secara atas talian. Seramai 217 pelajar dari universiti awam di Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa mobiliti secara maya dapat dilihat sebagai alternatif untuk menggantikan mobiliti yang dilaksanakan secara konvensional dan masih memberi kesan terhadap kemahiran pelajar. Data menunjukkan tahap pengetahuan pelajar terhadap pelaksanaan mobiliti secara maya adalah sederhana dan sebilangan besar responden menggunakan internet sebagai medium utama untuk mengikuti program mobiliti maya.

Downloads

Published

2022-09-30