WORKING FROM HOME (WFH): VIRTUE AND COMPETENCY OF MALAYSIAN PUBLIC SERVANTS

Authors

  • Radduan Yusof
  • Asmidar Lokman
  • Farah Adilla Ab. Rahman
  • Yus Aznita Ustadi
  • Zarina Mohd Zain

Abstract

Mengikut sejarah, pemerintah dan warganegara yang berakhlak mulia sering dikaitkan dengan idea tadbir urus yang baik. Perkhidmatan awam terkini memberi tumpuan kepada penerapan kemahiran untuk mencapai keberkesanan dan kecekapan, yang akan membawa kepada senario kerja yang berkebolehan tinggi. Walaupun perbincangan akademik mengenai nilai murni dan kecekapan adalah sesuatu topik yang berbeza, kajian mendapati virtue dan kecekapan saling berkait rapat di mana kedua-duanya mempunyai nilai murni yang serupa. Semasa pandemik COVID-19 melanda negara, virtue dan kecekapan diuji dengan pertukaran perubahan tempat kerja dari pejabat kepada bekerja dari rumah. Kajian keratan rentas ini menyiasat kedua-dua nilai murni (etika, demokratik, profesional, dan kemanusiaan) dan kecekapan (pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan) yang diterapkan oleh penjawat awam Malaysia semasa tempoh Bekerja dari Rumah (BDR). Soal selidik dalam talian telah dilengkapkan oleh tujuh puluh sembilan kakitangan pentadbiran Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan. Berdasarkan analisis deskriptif bagi kecenderungan memusat, kajian itu mendapati bahawa nilai murni adalah penting dalam bertindak balas terhadap suasana kerja baharu dalam kalangan penjawat awam semasa pandemik COVID-19. Ini kerana penjawat awam bergelut mengaplikasi kecekapan mereka bagi menyesuaikan diri dengan BDR walaupun mempunyai pengetahuan yang baik tentang proses kerja serta mengambil inisiatif mencari kemahiran baharu bagi menghadapi BDR.

Downloads

Published

2022-09-30