FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI HIDUP PESARA AWAM PENGAWAL KESELAMATAN DI SABAH

Authors

  • Amirah Saliha Godfrey
  • Dzurizah Ibrahim
  • Jalihah Md Shah

Abstract

Kajian mengenai kualiti hidup dalam kalangan pesara awam masih belum mendapat perhatian meluas khususnya dalam konteks pesara B40 di Malaysia. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti hidup dalam kalangan pesara awam kategori B40 di Sabah, Malaysia. Berdasarkan temubual mendalam ke atas lima pesara awam yang juga bekas pengawal keselamatan, kajian mendapati bahawa terdapat empat faktor utama yang mempengaruhi kualiti hidup mereka yang boleh dikategorikan kepada dua iaitu monetari dan non-monetari. Faktor monetari seperti kecukupan kewangan dan perumahan manakala kategori non-monetari seperti faktor kesihatan serta hubungan kekeluargaan didapati menentukan makna kualiti hidup bagi kalangan pesara awam pengawal keselamatan yang dikaji. Hal ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya penelitian semula yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan berkaitan dengan faedah persaraan yang diberikan kepada pesara awam untuk menilai sama ada faedah persaraan yang diberikan masih sesuai dalam peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat ini.

Downloads

Published

2022-09-30