CABARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA TIMUR KESAN DARIPADA PENULARAN PANDEMIK COVID-19

Authors

  • Ubong Imang
  • Aisah Meri
  • Sitinurbayu Mohd Yusoff
  • Zainuddin Baco
  • Adi Jafar

Abstract

Setiap insan di muka bumi ini berhak mendapatkan peluang pendidikan yang berkualiti dimana pun ia berada. Walaupun begitu, peralihan sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) secara bersemuka kepada P&P secara maya yang berlaku dengan sangat drastik akibat penularan pandemik COVID-19 mewujudkan cabaran baru khususnya kepada pelajar pengajian tinggi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh pelajar pengajian tinggi di Malaysia Timur (Sabah) semasa mengimplementasikan P&P secara maya sekaligus menentukan kelompok pelajar rentan berdasarkan lokasi. Untuk mencapai objektif yang telah digariskan, seramai 1371 orang pelajar pengajian tinggi awam dan swasta di Sabah telah ditemubual. Data mentah yang diperoleh dianalisis secara deskriptif (frekuensi & peratus) dan inferensi (Principal Component Analysis & Kruskal Wallis). Kajian ini mendapati terdapat lima cabaran utama yang dihadapi oleh pelajar iaitu beranggapan bahawa P&P secara maya adalah Ko1) tidak kondusif, Ko2) menyebabkan berlakunya gangguan kesihatan fizikal, Ko3) gangguan kesihatan mental, Ko4) masalah teknikal & akses internet serta Ko5) isolasi sosial. Selain itu, kajian ini juga mendapati golongan pelajar yang menetap di kawasan luar bandar dan setinggan adalah paling rentan terhadap pengimplementasian P&P secara maya. Hasil kajian ini sangat penting sebagai maklumat sokongan kepada pihak pemegang taruh untuk memperkasakan lagi pelaksanaan P&P secara maya di Malaysia umumnya dan di Sabah khususnya.

Downloads

Published

2022-09-30