KONSEP LOT LIDI DAN REALITINYA DI MALAYSIA

Authors

  • Mohd Marbawi bin Taha
  • Azarudin bin Awang
  • Jasni bin Sulong
  • Mohd Badrol bin Awang
  • Roshaimizam bin Suhaimi

Abstract

Secara umumnya terdapat tiga kategori penggunaan tanah yang ditetapkan dalam Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) iaitu Bangunan, Pertanian dan Industri. Bagi kategori tanah Pertanian, seksyen 205(3) KTN menetapkan 2/5 hektar (lebih kurang 1 ekar) hanya boleh dipindahmilik kepada seorang penerima sahaja. Oleh yang demikian, seseorang pemilik tanah Pertanian, kerana didorong oleh sifat mengejar keuntungan, telah memecah bahagi tanah pertanian tersebut kepada beberapa pelot secara tidak sah dari sudut undang-undang. Pelot-pelot itu kemudiannya dijual kepada beberapa orang pembeli. Nama para pembeli tidak dapat didaftarkan di atas dokumen hakmilik sebaliknya mereka diberikan satu Surat Ikatan Amanah yang mana pemilik asal biasanya dilantik sebagai Pemegang Amanah kepada para pembeli. Memandangkan isu penjualan lot lidi berlaku secara meluas di Semenanjung Malaysia, oleh itu wujudnya satu inisiatif bagi menjalankan satu penyelidikan bagi mengenalpasti konsep, faktor serta isu-isu yang sering dihadapi oleh para pembeli. Bagi mencapai objektif kajian, para penyelidik telah memilih dua metode asas iaitu metode pengumpulan data dan juga metode analisis data. Dalam pengumpulan data, metodologi yang digunapakai adalah berdasarkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Manakala dalam menganalisis data pula adalah berasaskan metode induktif, deduktif dan komparatif. Kajian ini mendapati bahawa di sana terdapat banyak isu pemilikan lot lidi memandangkan pemilikan itu sendiri tidak selari dengan kehendak undang-undang. Isu-isu ini akhirnya menimbulkan beberapa kesan yang lain terutama dari aspek sosial, pembangunan tanah bahkan juga aspek politik. Di akhir artikel ini, dicadangkan agar pentadbiran tanah di Malaysia mengambil beberapa langkah proaktif bagi mencegah penjualan lot lidi yang tidak sah ini kepada pembeli yang berpotensi dan dari sudut yang lain kerajaan melindungi kepentingan para pembeli yang telah terbeli dan menduduki tanah tersebut. Dalam mencapai objektif tersebut, beberapa peruntukan undang-undang pemilikan mungkin perlu dipinda dengan mengambilkira kepentingan semua pihak terutama para pembeli dan juga pihak kerajaan. Adalah diharapkan langkah-langkah tersebut mampu menanagani masalah-masalah yang sedia ada dan dalam yang sama mencegah masalah-masalah tersebut daripada berulang pada masa akan datang.

Downloads

Published

2022-09-30