PENGARUH PENGETAHUAN TERHADAP PERSEPSI GURU DALAM MEMILIH MANFAAT INSURANS KONVENSIONAL DAN TAKAFUL: KAJIAN DI TANAH MERAH

Authors

  • Azarudin bin Awang
  • Luqman Hakim bin Mohamad
  • Ahmad Faizal bin Ramly
  • Che Norzila binti Sulong

Abstract

Keperluan untuk membeli kenderaan, harta tanah dan rumah, membuat pinjaman dan sebagainya menyebabkan industri insurans semakin berkembang pesat di negara ini. Meskipun begitu, ajaran Islam melarang penganutnya melibatkan diri dalam apa jua bentuk insurans yang tidak patuh syariah. Tahap pengetahuan seseorang terhadap penggunaan sesuatu produk menyebabkan pelanggan membuat pemilihan untuk menggunakan sesuatu produk insurans. Di Malaysia, guru merupakan kakitangan kerajaan yang terbesar di negara ini yang kebanyakkannya adalah beragama Islam. Sekaligus mereka merupakan pengguna insurans yang terbesar di negara ini. Objektif kajian ini ialah melihat tahap pengetahuan guru-guru tentang insurans konvensional dan takaful. Selanjutnya, melihat pengaruh pengetahuan dalam membentuk persepsi guru-guru untuk memilih manfaat insurans konvensional dan takaful. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran borang soal selidik menggunakan skala likert lima ke atas 257 orang guru di Tanah Merah, Kelantan. Borang soal selidik diuji menggunakan SPSS 25 dengan analisis min, sisihan piawai, peratus, ujian-t dan one way anova. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru tentang insurans konvensional dan takaful adalah tinggi. Justeru, pengetahuan yang tinggi jmempengaruhi guru-guru untuk mengambil manfaat takaful berbanding insurans konvensional. Kajian ini penting kerana ia menggambarkan tentang keadaan sebenar dan kesedaran golongan pendidikan Muslim memilih produk halal insurans.

Downloads

Published

2022-09-30