DĪN DALAM KONTEKS TASĀMUḤ

Authors

  • Salina Ahmad
  • Ruhaizah Abd. Ghani
  • Ahmad Daud Ishak
  • Wan Helmy Shahriman Wan Ahmad

Abstract

Konsep agama dalam Islam ditandai oleh kosakata DĪN dan meliputi makna sepertimana yang difahami dalam tradisi ilmu Islam iaitu bersamaan dengan al-Quran, al-Sunnah dan Bahasa Arab. Kosakata DÄ«n tidak dapat digantikan dengan baik oleh kosakata “religion†disebabkan makna, etimologi dan sejarah beragama yang sangat berbeza. Kosakata DÄ«n menurut leksikon LisÄn al-´Arab karya Muhammad Ibnu Mukarram ibnu Ali ibnu Muhammad Ibnu Manẓūr (1233 – 1311M) mempunyai empat maksud yang berkaitan iaitu keberhutangan (dayn), keadaan tunduk menyerahkan diri (á¹­Ä´ah), pembalasan (jazÄ’) dan kecenderungan (fiá¹­rah/´Ädah). Konsep agama (dÄ«n) telah disorot semula oleh pemikir besar Syed Muhammad Naqib al-Attas (1931 – M) yang mengkaji ulang dan membuat sintesis faham ini sesuai zaman moden dan pasca-moden dalam karya-karya besar beliau seperti Islam and Secularism (1993), Islam: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality (1992) dan Prolegomena to the Metaphysics of Islam (1995). Konsep DÄ«n berkaitan rapat dengan Islam secara literal dan konseptual. Secara literalnya kedua-dua kata ini bererti “penyerahan diri†manakala dari segi konseptual, kedua-duanya merupakan “penyerahan diri yang ikhlas mengikut syariat sebenar iaitu agama Islamâ€. Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan secara padat tentang makna agama Islam sebagai (dÄ«n) dan letakduduknya dalam toleransi beragama (tasÄmuḥ) di Malaysia. Kata tasÄmuḥ berbeza daripada maksud tolerasi (toleration) atau toleransi (tolerance) Barat. TasÄmuḥ pada akhirnya berfungsi di peringkat muamalah dan bukan akidah. Ini kerana dengan berpaksikan konsep DÄ«n dan Islam, umat Islam boleh menerima kepelbagaian agama; tetapi bukan keabsahan agama-agama terbabit. Kajian ini memakai pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kepustakaan dan analisa semantik. Sebagai rumusannya, penulisan ini mengaitkan maksud agama dalam erti komprehensifnya dengan toleransi beragama yang patut diperincikan tujuan dan matalamatnya dalam konteks global dan nasional.

Downloads

Published

2022-09-30