TINJAUAN ANALISA TERHADAP ISU PERUNDANGAN TANAH BEKU DI KAMPONG BHARU, MALAYSIA

Authors

  • Nabila Ayuni Abdul Malek
  • Rahmawati Mohd Yusoff
  • Azhani Arshad

Abstract

Kampong Bharu, Malaysia tergolong dalam Tanah Rizab Melayu yang terletak dalam kawasan yang dikategorikan sebagai 'Segi Tiga Emas' merupakan antara hartanah Melayu yang termahal di negara ini. Walau bagaimanapun, laporan menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada RM60 bilion hartanah beku yang terletak di Kampong Bharu sahaja. Walaupun terdapat banyak mekanisme yang telah dicadangkan untuk menyelesaikan isu ini, namun sehingga kini isu hartanah beku di Kampong Bharu masih lagi tidak dapat diselesaikan dan perancangan pembangunan masih lagi tertangguh sehingga ke hari ini. Oleh itu, berdasarkan dengan kaedah kualitatif, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kekangan dan isu-isu yang menghalang tanah-tanah di Kampong Bharu daripada ditadbir yang mengakibatkannya tergolong dalam kategori hartanah beku. Kajian ini mendapati telah wujud projek Pelan Induk Pembangunan Terperinci Kampong Bharu (PITPKB) bagi perancangan 20 tahun yang telah dibangunkan bagi tujuan pembangunan Kampong Bharu, namun sehingga kini, pembangunan tersebut masih tertangguh sejak di peringkat awal lagi. Malah, Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 (Akta 733) telah diluluskan untuk melaksanakan dasar, arahan, dan strategi berkaitan pembangunan di Kampong Bharu. Justeru itu, usaha proaktif daripada pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu tanah-tanah beku di Kampong Bharu seperti penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 perlu dilaksanakan supaya elemen produktif tanah-tanah tersebut dapat dihasilkan untuk kepentingan waris-waris serta pembangunan Kampong Bharu itu sendiri.

Downloads

Published

2022-09-30