UNDANG-UNDANG ANTI LOMPAT PARTI: ISU PERUNDANGAN DAN PELAKSANAANNYA DI MALAYSIA

Authors

  • Wong Hua Siong

Abstract

Lompat parti oleh ahli politik tanpa sebab-sebab yang munasabah telah mengugat kestabilan politik sesebuah negara dan isu ini wujud di setiap negara di dunia ini. Setelah sekian lama perbahasan di Parlimen Malaysia, akhirnya Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat lompat parti diluluskan pada 27 Julai 2022 dengan undi majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat. Kajian ini adalah bersifat kualitatif dan melibatkan kajian perpustakaan. Hasil kajian ini mendapati bahawa kebanyakan negara mempunyai undang-undang masing-masing bagi menyekat ahli Parlimen daripada lompat parti tanya sebab yang munasabah. Hal ini bertujuan untuk mengekalkan kestabilan politik sesebuah negara dan menyahut mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada wakil rakyat pilihan masing-masing. Oleh itu, adalah tiba masanya bagi Malaysia juga mewujudkan undang-undang khusus untuk mengatasi isu lompat parti oleh ahli politik tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Downloads

Published

2022-09-30