PENGHARMONIAN APLIKASI PRINSIP KHIYAR BAGI JUAL BELI DALAM TALIAN

Authors

  • Roshaimizam Suhaimi
  • Mohd Hapiz Mahaiyadin
  • Jasni Sulong

Abstract

Transaksi jual beli dalam talian dijalankan berasaskan akad bayn al-gha’ibin atau pihak berakad yang saling berjauhan dan barangan dalam bentuk gha’ib. Ini adalah bentuk bay al-gha’ib disebabkan pihak berakad 27 pembeli tidak dapat membuat penelitian terhadap barangan secara fizikal. Situasi tersebut jika tidak dilaksanakan secara teliti boleh mendatangkan gharar dan dharar dalam jual beli. Elemen gharar dan dharar ini boleh mengakibatkan akad menjadi batal. Maka, untuk memastikan gharar dan dharar dapat dielakkan antara aspek yang perlu diberikan perhatian dalam jual beli dalam talian adalah berkaitan pembatalan atau penarikan diri dari urus niaga. Di dalam prinsip muamalat Islam ini dikenali sebagai khiyar. Tetapi disebabkan ciri-ciri jual beli dalam talian yang agak berbeza dengan jual beli yang biasa diamalkan memerlukan perincian yang jelas agar prinsip ini dapat dipraktiskan. Oleh itu, kajian ini dijalankan berasaskan kajian literatur dengann menganalisis karya-karya fiqh dan kajian-kajian semasa berkaitan bidang kajian. Hasil kajian merumuskan prinsip khiyar al-majlis, khiyar al-sharat, khiyar al-‘ayb dan khiyar al-ru’yah adalah bersesuaian dan boleh diterima pakai dalam jual beli dalam talian. Walaupun begitu, aplikasinya memerlukan beberapa penyesuaian dan mekanisme untuk diadaptasikan sebagaimana dibincangkan dengan terperinci dalam kajian ini.

Downloads

Published

2022-09-30