MIGRASI AGAMAWAN DAN IMPAKNYA TERHADAP ADAT DAN BUDAYA MASYARAKAT ISLAM DI SABAH

Authors

  • Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin
  • Syamsul Azizul Marinsah
  • Saifulazry Mokhtar
  • Azmin Pullong

Abstract

Kertas kerja ini membahaskan impak migrasi golongan agamawan terhadap perubahan adat dan budaya masyarakat Islam di Sabah. Kajian kualitatif ini dijalankan dengan menggunakan metode analisis kandungan dan temu bual. Data kualitatif ini dianalisis secara deskriptif dan disusun secara bertema. Hasil kajian mendapati migrasi agamawan telah membawa perubahan kepada adat dan budaya masyarakat Islam di Sabah. Bermula dengan penerimaan Islam sebagai pegangan agama, seterusnya proses dakwah dan pendidikan yang berterusan, telah mengurangkan pengamalan adat dan budaya berunsurkan animisme kepada cara hidup berlandaskan Islam. Kajian ini menunjukkan bahawa migrasi golongan agamawan berupaya memberikan impak signifikan di tempat yang didatangi mereka dan aspek ini wajar untuk diterokai lagi untuk kajian-kajian lanjutan.

Downloads

Published

2022-09-30