FACEBOOK: SATU PLATFORM DALAM MEMBENTUK KESEPADUAN NASIONAL DI SABAH

Authors

  • Saifulazry Mokhtar
  • Sharifah Darmia Sharif Adam
  • Irma Wani Othman
  • Mohd Sohaimi Esa

Abstract

Matlamat utama dalam pembentukan sesebuah masyarakat adalah bertunjangkan kepada keharmornian dan kesejahteraan sejagat. Dalam mengharungi kehidupan bermasyarakat khususnya masyarakat yang berbilang etnik, agama, adat dan budaya, kita perlu kepada suatu perubahan dan enjin dalam membentuk kesepaduan nasional tersebut. Dengan berpaksikan kepada kecanggihan teknologi maklumat, kita seharusnya menggunakan medium kontemporari dalam mengakses hubungan antara masyarakat kini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana aplikasi Facebook dapat dijadikan sebagai platform dalam membentuk kesepaduan nasional di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan melihat kepada kajian-kajian lepas berkaitan dengan keupayaan Facebook yang dijadikan sajian harian masyarakat khususnya dalam perkongsian maklumat dan info terkini. Hasil dapatan kajian mendapati, Facebook dapat dijadikan sebagai platform dalam membentuk kesepaduan nasional di Sabah menerusi penyertaan dalam pertandingan atas talian, melaksanakan tayangan video dan iklan yang berunsurkan kaum masing-masing serta kerjasama kerajaan negeri Sabah dalam mengetengahkan Facebook kepada masyarakat tempatan khususnya dalam aspek pekerjaan dan organisasi. Kajian ini turut menemui beberapa kesan penggunaan Facebook sebagai alat kesepaduan nasional di Sabah, cabaran dalam menggunakan Facebook serta cadangan penggunaan Facebook sebagai alat kesepaduan nasional di Sabah. Oleh itu, penggunaan Facebook ke arah perkara yang mendatangkan manfaat boleh dijadikan sebagai indikator dalam membentuk kesepaduan nasional khususnya di negeri Sabah.

Downloads

Published

2022-09-30