TINJAUAN TERHADAP KEPERLUAN GARIS PANDUAN ZAKAT TERHADAP MATA WANG KRIPTO DI MALAYSIA

Authors

  • Rahmawati Mohd Yusoff
  • Siti Afiqah Mohammad
  • Zulhazmi Yusof
  • Mohammad Hidir Baharudin
  • Ahmad Nawawi Yaakob

Abstract

Perkembangan teknologi pada masa kini telah meningkatkan penggunaan wang kripto di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, isu zakat wang kripto masih masih tidak jelas kerana pemahaman dan tafsiran ulama yang yang berbeza terhadap ciri-ciri wang kripto yang wajib dikenakan zakat. Justeru itu, artikel ini akan membincangkan isu keperluan kepada garis panduan zakat terhadap wang kripto menurut perundangan Islam dan sistem perundangan di Malaysia. Perbincangan dalam artikel ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif di mana isu masalah ini akan diteliti dengan mengupas sorotan literatur menurut perspektif undang-undang Islam serta perspektif undang-undang dan situasi semasa di Malaysia. Hasil kajian melalui kaedah ini menunjukkan bahawa masih belum terdapat garis panduan zakat wang kripto yang jelas yang boleh dijadikan rujukan kepada masyarakat walaupun kewujudan penggunaan mata wang kripto semakin meluas pada masa kini. Oleh itu, keperluan terhadap garis panduan bagi ketetapan zakat mata wang kripto amat penting terutamanya sebagai rujukan kepada institusi-institusi zakat yang seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Malaysia pada masa akan datang.

Downloads

Published

2022-09-30