SUNTIKAN DERMAL FILLER DALAM RAWATAN KOSMETIK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Authors

  • Ahmad Mujahideen Haji Yusoff
  • Noormaizatul Akmar Muhamad Nasir
  • Noraini Mohd Noor
  • Nurul Husna Yaacob

Abstract

Rawatan kosmetik adalah rawatan yang melibatkan penggunaan bahan tertentu dan prosedur tertentu yang mencantikkan atau memulihkan keadaan dan mengembalikan kepada bentuk asal atau bentuk baharu. Dalam kepelbagaian bentuk rawatan kosmetik, rawatan dermal filler merupakan salah satu rawatan kosmetik yang paling diminati pada masa kini. Namun begitu, penggunaan dermal filler menjadi satu masalah dari perspektif agama Islam disebabkan kaedah perlaksanaan dan juga sumber bahan yang diragui statusnya di sisi Islam. Kajian ini menganalisis hukum suntikan dermal filler dalam rawatan kosmetik. Kajian kualitatif ini melibatkan metod kajian dokumentasi dalam pengumpulan data dan dianalisis menggunakan perisian N-Vivo. Hasil dapatan dari kajian ini mendapati bahawa Islam telah menetapkan beberapa panduan dalam penggunannya yang mana hukum rawatan dermal filler dibenarkan Islam sekiranya mempunyai sesuatu tujuan dan keperluan untuk kebaikan diri sendiri dan membaikpulih kecacatan pada anggota badan.

Downloads

Published

2022-09-30