PENGARUH TINGKAH LAKU, PENGETAHUAN DAN KEAGAMAAN TERHADAP PEMBELIAN PRODUK HALAL

Authors

  • Azmi bin Aziz
  • Muhamad Sazeli Bin Mohd Nazir
  • Ishak Bin Haji Abd Rahman
  • Abdullah Sanui Othman

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji faktor yang mempengaruhi kecenderungan pengguna terhadap pembelian produk makanan dan minuman halal dengan mengenalpasti sama ada faktor pengetahuan, amalan ibadah, pengaruh rakan sebaya dan sikap mempengaruhi niat pengguna terhadap pembelian produk makanan dan minuman halal. Responden yang terlibat merupakan para pengguna yang dipilih secara rawak dari kalangan pelajar UKM kampus Bangi iaitu seramai 126 orang responden yang menjawab soalan kaji selidik yang diberikan secara maya (online) melalui platform ‘Google Form’. Analisis data dibuat dengan menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0 yang merangkumi data deskriptif, skor min, dan analisis regrasi yang digunakan untuk mengetahui faktor mana yang lebih mempengaruhi terhadap pembelian produk halal. Hasil dari penyelidikan ini menunjukkan bahawa setiap faktor mempunyai hubungan dan mempengaruhi pembelian produk makanan dan minuman halal.Hasil utama kajian menunjukkan bahawa faktor sikap terhadap produk halal merupakan faktor yang paling mempengaruhi dalam analisis regresi. Ini menunjukkan bahawa sikap memainkan peranan yang besar dan mengatasi faktor amalan ibadah, pengetahuan dan rakan sebaya didalam mempengaruhi niat seseorang ketika pembelian produk makanan dan minuman halal dilakukan.

Downloads

Published

2022-09-30