MEMBONGKAR HUBUNGAN KEKELUARGAAN DAN POLITIK SILAM KERAJAAN SAMBAS DAN BRUNEI: KAJIAN KUALITATIF BERASASKAN MANUSKRIP

Authors

  • Abdul Razak Abdul Kadir
  • Nurul Azhar Ahmad
  • Siti Asmah Khalid

Abstract

Brunei Darussalam berpengaruh amat besar dalam pemerintahan setelah kejatuhan Majapahit di Kepulauan Borneo dan sekitarnya. Keputusan yang bijak untuk menghilangkan persaingan kuasa, maka Sultan Abdul Jalil Al Jabbar, kekanda Raja Tengah memerintah baginda untuk memerintah Sarawak. Raja Tengah suka mengembara sehingga ke Johor, Sukadana dan Sambas. Manuskrip Al Sultan Muhammad Shafiuddin adalah manuskrip tulisan tangan setebal 56 muka surat yang merupakan tulisan tangan Sultan Safiuddin 2. Manuskrip ini amat penting diungkapkan kerana membincangkan hubungan salasilah dan politik Brunei, Sarawak dan Sambas. Objektif kajian ini melihat dua hal terpenting iaitu melihat pola hubungan kekeluargaan antara Sambas dan Brunei dan kedua ialah melihat hubungan politik antara Sambas dan Brunei. Metodologi kajian ini menggunakan metod kualitatif kesejarahan iaitu menggunakan pendekatan Kuntowijoyo (1995). Metod ini menggunakan empat tahapan iaitu Heuristik (pengumpulan sumber-sumber sejarah). Dalam kajian ini, menggunakan manuskrip Al Sultan Muhammad Shafiuddin-Raja Sambas 1. Bagi mengguatkan kajian manuskrip ini digunakan manuskrip salasilah Brunei. Selepas itu tahapan kedua iaitu mengkritik manuskrip tersebut dari segi eksternal (luaran seperti kertas dan ink dakwat dan lain-lain) dan internal (krtitik teks sejarah sama ada fakta sejarahnya konsisten atau ada fakta yang mencurigakan). Tahapan ketiga ialah intepretasi sejarah iaitu menghuraikan fakta sejarah dengan kenyataan yang ada dengan memberi nilai faham yang sebenar. Tahapan terakhir ialah penulisan historiografi iaitu penulisan sejarah. Dapatan kajian artikel ini ialah mengesahkan bahawa hubungan kesultanan Sambas dan Brunei dari aspek salasilah adalah tepat dan menyakinkan. Dapatan kedua meskipun ada kecurigaan terhadap pembunuhan Sultan Tengah, ayahanda sultan Shafiuddin 1 tetapi hubungan politik masih tetap ada dengan kerajaan Brunei mengiktiraf kuasa yang dipegang oleh Sultan pertama Sambas dan selepas itu disusuli oleh anak kepada Sultan Shafiuddin 1 (Raden Bima) sebagai sultan kedua yang sah. Kajian ini memang perlu untuk mengukuhkan fakta bahawa Sambas dan Brunei mempunyai ikatan yang kukuh dalam kekeluargaan dan politik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-06-30

How to Cite

Abdul Razak Abdul Kadir, Nurul Azhar Ahmad, & Siti Asmah Khalid. (2022). MEMBONGKAR HUBUNGAN KEKELUARGAAN DAN POLITIK SILAM KERAJAAN SAMBAS DAN BRUNEI: KAJIAN KUALITATIF BERASASKAN MANUSKRIP . Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 7(45). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1402