KEPENTINGAN DEKLARASI HIBAH KEPADA PENGUKUHAN INSTITUSI KELUARGA DI MALAYSIA

Authors

  • Noor Aznaim Abd Latib
  • Musaiyadah Ahmadun

Abstract

Kesedaran pengurusan harta melalui instrumen hibah semasa hidup dilihat semakin memberangsangkan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pelbagai institusi atau organisasi yang menawarkan perkhidmatan pengurusan hibah. Selain itu, deklarasi hibah dalam masyarakat merupakan langkah dan usaha yang baik bagi menyuburkan dan memperkasakan institusi kekeluargaan dalam menguruskan harta berlandaskan Islam. Namun begitu, masih wujud segelintir masyarakat yang kurang sedar berkaitan dengan kepentingan melaksanakan deklarasi hibah semasa hidup mereka dan jika dilihat masih ada yang memberikan hibah hanya melalui ucapan lisan tanpa apa-apa sebarang bukti dokumen. Kesannya, statistik bagi harta tertunggak akan terus mengalami peningkatan secara mendadak dan akan menjejaskan ekonomi, undang-undang, agama dan sosial masyarakat kerana harta tidak dapat dimanfaatkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepentingan deklarasi hibah bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan di Malaysia. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk deduktif. Melalui metod deduktif ini, literatur yang dikumpulkan adalah berbentuk umum dan daripadanya akan dibuat satu kesimpulan khusus. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat kepentingan deklarasi hibah iaitu waris tidak boleh mencabar harta yang telah dihibahkan seperti yang terkandung dalam dokumen hibah. Selain itu, dokumen deklarasi hibah membolehkan pertukaran hak milik dilaksanakan selepas kematian pemilik harta. Melalui deklarasi hibah, harta yang diberikan kepada bukan waris tidak boleh dicabar dan harta tersebut terkeluar daripada harta pusaka. Jadi, pewarisan harta serta proses turunmilik harta melalui deklarasi hibah adalah jelas.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-06-30

How to Cite

Noor Aznaim Abd Latib, & Musaiyadah Ahmadun. (2022). KEPENTINGAN DEKLARASI HIBAH KEPADA PENGUKUHAN INSTITUSI KELUARGA DI MALAYSIA. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 7(45). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1400