ELEMEN KESELAMATAN MAKANAN DALAM PENSIJILAN MeSTI: PANDANGAN DARIPADA PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH

Authors

  • Khairul Effendi Hashim
  • Nasharuddin Mohammad

Abstract

Makanan yang selamat ialah makanan yang dapat menghindarkan diri daripada penyakit dan tidak mendatangkan kemudaratan. Makanan yang selamat, bersih dan berkualiti memberi impak positif kepada kesihatan dan dapat memelihara nyawa. Terdapat pengusaha mengabaikan tanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan kualiti makanan yang mengakibatkan keracunan makanan. Makanan tidak dicuci dengan sempurna, makanan terdedah dan tidak ditutup, menggunakan peralatan yang berkarat dan proses pembuatan tidak mengikut spesifikasi antara punca yang menyebabkaan makanan tercemar dan mendatangkan mudarat kepada pengguna. Pensijilan MeSTI merupakan salah satu pensijlan makanan yang diwajibkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia kepada sektor pembuatan produk makanan bertujuan menjaga kualiti, keselamatan dan kebersihan. Impak keselamatan makanan bukan hanya kepada anggota fizikal, malah mempunyai kaitan dengan objektif pensyariatan hukum yang dinamakan maqasid syariah. Salah satu prinsip maqasid syariah ialah memelihara nyawa. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk memperhalusi elemen keselamatan dalam pembuatan produk makanan yang terkandung dalam pensijilan MeSTI dan hubungannya dengan konsep memelihara nyawa yang terdapat dalam maqasid syariah. Metode kajian ini menggunakan kajian kepustakaan bagi mengumpul data terdiri daripada kitab, buku, dokumen, jurnal dan laman sesawang agensi yang terlibat. Data-data yang dikumpul dianalisi melalui pendekatan analisis kandungan. Kajian ini mendapati terdapat elemen keselamatan dalam pensijilan MeSTI yang mempunyai hubungan dengan konsep memelihara nyawa dalam maqasid syariah. Kesimpulannya, elemen keselamatan pembuatan produk makanan yang terdapat dalam pensijilan MeSTI mencakupi aspek keselamatan makanan secara holistik dan bertepatan dengan konsep maqasid syariah memelihara nyawa. Sangat disarankan agar pengusaha produk makanan mematuhi sepenuhnya prosedur pensijilan MeSTI untuk menjamin keselamatan, kualiti dan kebersihan bagi menepati objektif maqasid syariah iaitu mendatangkan kebaikan dan menolak kemudaratan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-06-30

How to Cite

Khairul Effendi Hashim, & Nasharuddin Mohammad. (2022). ELEMEN KESELAMATAN MAKANAN DALAM PENSIJILAN MeSTI: PANDANGAN DARIPADA PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH . Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 7(45). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1396