PUNCA PERMASALAHAN SOSIAL DALAM PERGAULAN MENURUT BATASAN SYARIAT ISLAM DIKALANGAN PELAJAR IPTS PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA

Authors

  • Ahmad Fadhir Mat Dahan
  • Profesor Madya Dr Anas Mohd Yunus
  • Dr Asjad Mohammad
  • Lokman Abdul Rasol

Abstract

Punca Permasalahan Sosial di Kalangan Pelajar IPTS Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama dalam pergaulan adalah merupkan satu kajian yang penting untuk dikaji .Kajian ini akan membantu individu, masyarakat dan pihak tertentu untuk mengetahui punca permasalahan sosial yang kerap berlaku ke atas diri seseorang pelajar remaja Islam tersebut.Objektif kajian ini ialah (i) Mengkaji batasan amalan pergaulan pelajar menurut perspektif syara’berkaitan kitab muktabar. (ii) Menganalisa punca permasalahan amalan pergaulan islam di kalangan pelajar IPTS.Walaubagaimanapun, kajian ini lebih terarah kepada mengkaji punca permasalahan dan batasannya menurut kitab muktabar dari hasil dapatan kajian kuantitatif dan kajian kualitatif. Analisis kandungan merupakan satu set prosedur analisis yang boleh digunakan dalam pelbagai masej,teks ucapan,kitab-kitab, kertas penyelidikan,rakaman, gambar rajah dan video aksi. Kajian kualitatif juga dikuatkan dengan hasil instrumen temubual pakar seperti temubual bersama Mufti Kelantan, Mufti Terengganu dan Mufti Pahang.Objektif. Data-data kajian telah dianalisa menggunakan analisis kandungan (ATLAS ti7) dan analisis deskriptif (IBM SPSS versi 21).Dapatan kajian mendapati bahawa mejoriti responden telah menyatakan faktor persekitaran, pengabaian syariah solat,pengaruh rakan dan pengaruh hiburan adalah penyebab utama berlakunya keruntuhan akhlak dalam amalan pergaulan remaja. Oleh itu, pengkaji mencadangkan bahawa pihak-pihak yang bertanggungjawab dari kalangan guru-guru,pensyarah,pegawai hal ehwal pelajar, pihak universiti, kerajaan dan pihak swasta perlu mewujudkan garis panduan yang jelas berkenaan tatacara atau Syariah pergaulan setelah mengetahui punca-punca masalah sosial yang sering berlaku dikalangan pelajar-pelajar khusunya di IPTS.Pengkaji juga mencadangkan supaya kajian ini akan diteruskan pada masa akan datang dan bukan ianya terhenti disini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-06-30

How to Cite

Ahmad Fadhir Mat Dahan, Profesor Madya Dr Anas Mohd Yunus, Dr Asjad Mohammad, & Lokman Abdul Rasol. (2022). PUNCA PERMASALAHAN SOSIAL DALAM PERGAULAN MENURUT BATASAN SYARIAT ISLAM DIKALANGAN PELAJAR IPTS PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 7(45). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1394