KONSEP, RUKUN & MANFAAT SKIM AR-RAHNU KEPADA USAHAWAN WANITA
Abstract
Skim pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu telah menjadi pemangkin ekonomi kepada golongan usahawan terutamanya usahawan mikro dalam mendapatkan modal kewangan untuk menjalankan perniagaan. Di Malaysia, skim Ar-Rahnu dilihat telah menjadi produk kewangan yang sangat berpotensi dalam menyediakan kemudahan pembiayaan berasaskan cagaran yang berlandaskan syariah kepada masyarakat. Dengan adanya kesedaran yang meningkat mengenai kewangan Islam, masyarakat telah mula sedar tentang pemilihan kewangan secara Islam seperti pemilihan skim Ar-Rahnu sebagai penyedia kemudahan pembiayaan berbanding dengan pajak gadai konvensional terutamanya bagi usahawan wanita untuk mendapatkan modal kewangan dengan lebih cepat dan mudah tanpa terikat dengan syarat-syarat yang ketat seperti di institusi perbankan. Berdasarkan keadaan ini, kajian kepustakaan dilaksanakan untuk melihat dengan lebih jelas mengenai konsep Ar-Rahnu, rukun, proses gadaian dan manfaat skim Ar-Rahnu kepada usahawan wanita. Antara manfaat skim Ar-Rahnu kepada usahawan wanita ialah Ar-Rahnu menawarkan kemudahan pembiayaan berlandaskan Syariah dan skim yang ditawarkan oleh Ar-Rahnu juga tidak memerlukan penjamin.