KEBERKESANAN PENGGUNAAN ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB TERHADAP KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan animasi dalam pengajaran bahasa Arab. Kebanyakan guru bahasa Arab masih menggunakan kaedah pengajaran yang bersifat tradisional dan kurang berkesan. Oleh itu, pengkaji ingin mengetahui adakah penggunaan animasi ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran bahasa Arab. Kajian ini menggunakan gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Intrumen yang digunakan ialah temubual berstruktur dan soal selidik. Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 di Sekolah Kebangsaan Agama Sarikei, Sarawak terlibat dalam soal selidik dan 3 orang tenaga pengajar bahasa Arab terlibat dalam sesi temubual. Hasil temubual mendapati bahawa guru-guru memberikan respon yang baik terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran bahasa Arab. Dapatan kajian turut menunjukkan peningkatan motivasi yang tinggi dalam kalangan pelajar yang mempelajari bahasa Arab, iaitu (M=4.54). Secara keseluruhannya, guru bahasa Arab mempunyai tanggapan yang baik terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran bahasa Arab dan seterusnya dapat memberi impak yang positif dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab di sekolah.